Bila semakin ramai orang yang melawati blog aku ni, rase nak tambah macam2 info.. maybe amat berguna untuk kita semua..
Ada satu artikel yang aku baca..Diet mengikut jenis darah.. wow...ramai yang nak diet.. diet tak semestinya nak kurus..tapi nak jaga pemakanan..so, kalau nak berdiet, kite kena sesuaikan dengan darah kita..(ni kalau AMIN@bunyamin baca artikel ni mesti die ingat aku nak jd doctor)...hahaha..
Di sini, kita share bersama ye...
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
Tetapi, kalau diikutkan setiap benda tu ada KEBAIKAN and KEBURUKAN..
Kebaikan
1) Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.
2) Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.
3) Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.
4) Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.
5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.
Keburukan
1) Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.
2) Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.
3) Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.
4) Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.
5) Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.
Itu sahaja untuk dikongsikan hari ini.. ^_^
Turun dan Naik
7 years ago
No comments:
Post a Comment