Saturday, May 16, 2009
LANGKAWI..part 2
bila aku check in je LANGKASUKA HOTEL, huh... terdiam aku dan kawan aku (AIN).. mana taknye, ada plak kuli tolong angkat beg..hahaha..bilik kiteorang kat ujung..btol2 kat tepi pantai..
lepas je org tolong angkat beg kuar dr bilik kiteorg, terus kiteorg menjerit.. mana tak nye.. kiteorg expect dpt standard room.. ni tidak, lebih dr yg cukup..alhamdulillah.
untuk ari yg pertama ni, tak de la penat sgt. penuh aktiviti.. petang tu, kiteorg naik cable car. then kiteorg jalan2 area cable car..dah nak maghrib baru balik hotel..
lpas maghrib je, kiteorg pegi dinner..jalan2 area KUAH TOWN.. kiteorg makan seafood.. bnyk gak kiteorg makan.. ikan siakap,sotong..ada la 5 jenis lauk utk 2 org mkn...sesuai dgn harganya..
tak sampai RM40.. memang berbaloi..
HARI KE 2..
Bangun2 je pagi, rase seronok sgt..maklum la, tidur kat hotel mahal..hehehe..breakfast hotel pun ok..bnyk kiteorg mkn..lpas breakfast je, kiteorg lepak kat pantai hotel..sayang nak tinggal kan hotel ni..maklum la, kiteorg dpt dduk 1 mlm je..tu pun percuma..
Lepas check out from LANGKASUKA HOTEL, kiteorg teruskan perjalanan ke MALIBEST RESORT.. utk check in plak..after check in, kiteorg ave lunch kat pantai cenang tu juga..kiteorg kena kejar masa..coz kiteorg ada aktiviti lain..tgok aktiviti kiteorg...
puas ati dgn aktiviti ini, kiteorg balik je hotel terus cari mknan..lapar.last2 jumpa laksa kedah.. sedap..dgn lahap, kiteorg mkn...
aktiviti diteruskan...iaitu, mandi pantai...mandi sepuas2 nye..sedar tak sedar, dah nak maghrib...pengalaman yg best kali ni, ada helicopter berlegar2 dpn pantai kiteorg..buka tingkap bilik je, nmpak helicopter..lagi la best..hehe..(maklum la..keje kat helicopter)
aktiviti malam pula.. ape lg..makan seafood la..huh..time ni la rase nk mkn bnyk seafood..murah je..kalo dah balik KL, susah nak dpt..tapi before pergi dinner, kiteorg pergi IDAMAN SURI.. ape lagi, shopping la..pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan ,dulang..coklat tak pyh cerita la.. sehingga hari ni, coklat langkawi tak abis pun lagi (17 may 2009).
Kami pulang ke chalet dgn hati yg puas.. ^_~
HARI KE 3..
waaa....dah nak balik.tp kiteorg bangun awal ari ni..coz ferry pukul 3 ptg..so, kena manfaatkan ari ni.. pukul 7 je kiteorg dah breakfast..plan ari ni, round 1 langkawi... memang round betol la.. kiteorg pergi and lalu semua tempat. Pantai pasir hitam, tg rhu... best sgt. utk shopping yg last, kiteorg beli souvenir utk rakan2..
SELAMAT TINGGAL LANGKAWI..
Pengalaman yang best sgt..Lepas ni, aku plan nak pergi ngn family pula..maybe awal tahun dpn..
INSYAALLAH..
Bersawang..
ada beberapa sebab kenapa aku tak update..
1) sebab busy keje..balik2 je, penat.. balik keje je, dinner then lpas isyak terus tidur..
2) sebab computer kat umah rosak.. tingal laptop ayah je..kang berebut plak.. so, susah nk update..
3) sebab bnyk sgt aktiviti skrg.. macam2 tempat nak pergi.. tiap2 mingu ada je kaki ni nak berjalan..hehehe..
so, setelah sekian lama blog ini bersawang, aku baru bersihkan. guna mop la, dettol la, penyapu lidi, penyapu jerami, and vacuum..so, skrg tak de kuman ataupun sawang lg..hehehe..
continue on next entry...
Saturday, March 14, 2009
LANGKAWI..part 1
pelbagai halangan terpaksa ditempuhi sebelum aku pergi langkawi ni.. dah la tak kawan nak pergi, semua cancel last minute.Akhirnye aku pergi ngn AIN..thank Ain..^_^..tiket bas ke kuala perlis plak abis..so, aku amik la tiket bas Mara Liner ke alor star.Thanks to MARA LINER ^_^...
7 MAC 2009 - pukul 6.30 pagi aku sampai di Alor Star..aku solat subuh di sana then aku amik teksi ke jeti kuala kedah..perjalanan pun bermula..feri pukul 8.30 pagi..dan kami pun berlabuh...
- pukul 11 pagi kami sampai di Kuah..smapi je di sana , kami menyewa sebuah kereta..
Masa masih awal lg...pkul 12 tengah hari..nak check in hotel, tak bole lagi..pukul 3 baru check in.
so, kami pergi ke Makam Mahsuri..aku la driver..hehehe..HASILNYA....
- 2.30 petang...kami sampai di hotel..LANGKASUKA BEACH RESORT.. cantik hotel ni..kalau nk share dalam blog ni, bnyk sgt gambar..susah untuk diungkap kan..tunjuk je la..
kebetulan pula Standard Room dah abis..last2 kiteorg dapat executive suite..amik je la..
..living room.. ..bedroom... ..swimming pool..
to be continue..
KEPENATAN...
bukan nya malas, tapi cuma masa yang tak mengizinkan..
sejak kerja shift ni, tak sempat nak tulis blog..
At last, aku curi sedikit masa aku mlm ni utk tulis skit..
Actually, aku baru je balik dari K.L OPEN TOURNAMENT netball..
Kalah main hari ni .. juz for fun to play..^_^
Last week busy buat kerja je..penat gak badan ni...
minggu ni macam kurang sihat sikit...so, kena la lawan sikit..
Ahad ni (esok) kerja gak...tak pe..kerja teruk2 time muda tak pe..
Ok..ada masa aku samb coret lagi..(",)
Saturday, February 28, 2009
SUMPAHAN MAHSURI !!
(terima kasih pd pelawat setia)
ha..aku terfikir sesuatu yg menarik..sbb aku plan nk gi langkawi..
so, sblm aku gi langkawi, aku cari artikel psl MAHSURI..
sbb kat langkawi la, MAHSURI tu hidup..
sila baca ye..
Pada suatu hari ketika wakil sultan kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Datur Amar yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain. Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.
Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut. Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.
Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga. Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.
Pada satu hari ketika Mahsuri berada di serambai sambil menyanyikan lagu bunga tanjung, Deramang kemudian Kelana, dan diikuti Lela yang lalu di bawah serambi cuba menarik perhatian Mahsuri. Deramang kemudiannya mengambil peluang untuk mengadu domba antara Kelana dengan Lela sehingga kedua sahabat karib itu berkelahi. Deramang kemudiannya berlalu apabila menyedari kedatangan Datuk Aman. Datuk Aman mendamaikan kedua sahabat yang sedang bergaduh dan mendapati bahawa punca pergaduhan antara mereka adalah untuk memenangi hati Mahsuri.
Datuk Aman kemudian menyuruh Mahsuri memilih siapa yang dia minati antara Kelana dengan Lela. Mahsuri yang menghormati mereka berdua menyatakan dia akan menjatuhkan bunga daripada serambai dan sesiapa yang mendapat bunga tersebut akan mendapat hatinya. Mahsuri kemudiannya menjatuhkan bunga kepada Kelana yang berjaya menyambut bunga tersebut. Datuk Aman berjanji akan memilih hari yang sesuai untuk perkhawinan antara Mahsuri dengan Kelana. Kelana dan Lela kemudiannya berbaik kembali.
Selepas perkahwinan antara Kelana dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedan untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh. Isteri Datuk Seri Kemajaya, Mahsura, memujuk Datuk Seri Kemajaya agar memilih anaknya Deramang sebagai penggantinya ketika pemergiannya. Lela bertanggung jawab untuk mempertahankan kawasan pantai sementara Kelana pula mengiring Datuk Seri Kemajaya dengan pasukannya kemedan perjuangan. Kelana dan Mahsuri terpaksa berpisah walaupun baru berkahwin. Kelana meminta Lela, yang menganggap Mahsuri seperti kakak, agar menjaga Mahsuri.
Sebaik sahaja Datuk Seri Kemajaya dan Kelana meninggalkan pulau, Deramang, cuba sedaya upaya untuk memikat Mahsuri tetapi gagal. Oleh kerana itu, Deramang mengambil keputusan untuk memerangkap Mahsuri dengan Lela.
Deramang kemudiannya menyuruh Lela pergi kepantai dengan menyatakan terdapat kekecohan di situ. Kemudiannya, Deramang memberitahu Mahsuri bahawa suaminya telah kembali dan sekarang berada di pantai tempat Lela berada. Ketika Lela dan Mahsuri berada di tepi pantai, Deramang kemudiannya telah membawa orang kampung untuk menangkap Mahsuri dengan Lela dan mereka berdua dituduh berzina.
Memandangkan Deramang memegang tampuk pemerintahan ketika ketiadaan Datuk Seri Kemajaya, penghulu dan kaum bangsawan tidak berani membantah atau menghalang Deramang walaupun mereka tahu Mahsuri dan Lela tidak bersalah. Deramang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri dan Lela. Mahsuri dihukum bunuh secara salang, ditikam dengan keris di kedua belah pangkal leher. Hukuman itu akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat.
Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku. Apabila Mahsuri ditikam dengan keris oleh Deramang, darah putih memancut keluar sebagai tanda kesucian Mahsuri.
Ketika Deramang hendak menikam Lela, pasukan perwira yang diketuai oleh Datuk Seri Kemajaya sampai menyebabkan Deramang melarikan diri. Apabila sampai ketempat hukuman dilaksanakan, Datuk Seri Kemajaya, Kelana dan mereka yang lain terkejut apabila melihat mayat Mahsuri terkapar disitu. Suasana gembira diatas kejayaan mereka mengalahkan musuh yang menyelubungi rombongan itu kini bertukar menjadi pilu.
Lela kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan kepada kematian Mahsuri. Kelana kemudiannya terus memburu Deramang untuk membalas dendam. Selepas pergaduhan sengit Kelana berjaya membunuh Deramang dan dengan itu membalas dendam keatas kematian isterinya.
Datuk Seri Kemajaya kesal diatas kematian Mahsuri, dan kerana melantik Deramang sebagai pengganti semasa ketiadaannya di Langkawi menawarkan kepada Kelana gadis lain sebagai pengganti. Kelana menolak tawaran tersebut dan sebaliknya pergi meninggalkan Pulau Langkawi setelah bersumpah tidak akan menjejakkan kakinya lagi kembali.
Selepas kematian Mahsuri, Mahsuri dianggap sebagai keramat dan tidak lama angkatan tentera Siam menyerang menyebabkan pulau Langkawi terbiar, dipercayai akibat sumpahan Mahsuri.
tu je la yg dpt aku share..harap korg semua bole tambah ilmu..tq..^_^
Setelah DI TAG...(kena la jwb..nnt IJA bising)
ntah ar..busy keje la..tp bile weekend ni, aku try spend mase utk layan bnda2 ni..
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
BeAuTiFuL LiFe... kenapa ye aku pilih..sbb aku cantik kot..pastu aku pilih la nama blog tu..hahahha..(juz joke)..sbb aku rase kehidupan ini sgt2 la indah..TRUST ME !!!
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://nisarashid.blogspot.com <-- tak kan nk kena terang kan gak.. dah terang2 nama kau kat situ..tak kn aku nk letak bnda lain plak.. lain la kalo IJA..aku tetap aku..bile fkir balik, aku memang la aku..
ada ke aku adalah ija..(sekadar contoh.tiada kaitan dgn yg hidup)..
3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
ish..mcm2 dah aku tulis..sume bnda..aku penat pun aku tulis, boikot israel, hutan2, alam semulajadi, jenis darah..ish..mcm2 ar..
kalo nak dikutkan, aku ni mcm surver..msuk blog aku bnyk ilmu dpt..
bukan mcm blog IJ*..ade ke patut cte psl BIT..nape ija tak cte mcm mna die gemuk kn bdn time kecil dlu..hahaha..
4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-
soalan ni yg paling tunggu..tak sabar nak jwb..^_^
nama akhawat tu: KHADIJAH KHALILAH
perrrgghhh..blog die mantap..sampai kan, anak patung terbalik mcm kes pilihanraya kat malaysia..sume kena wat liputan..kna cari pesalah..kena cari pendakwa..tak tau la skrg kes tu mcm mna skrg..lg 1..masak pun nk amik gmbr..kalo terjatuh kamera dlm HARIRAH tu, aku melompat atas katil sampai patah la..hahaha..pdn muka..uwweekk..
5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
aku dah pnat type..juz copy paste IJA pnye..so, kirenye same ar jwpn..
"Aku tak suka jenis yang macam ini. Ilmu banyak dan bijak mencari ilmu tapi tidak disebarkan. Mungkin pembacanya terhad kepada beberapa orang dan mungkin pembacanya adalah orang lain yang jauh dari tempat dia. Memang bagus untuk memberi peringatan kepada yang lain, tetapi bagaimana dengan orang sekeliling dia yang dia buat tak tahu saja sedangkan orang tersebutlah lebih patut diberi pengajaran terlebih dahulu. Mungkin juga tak boleh nak salahkan, sebab karakter masing-masing berbeza." best gak kna kan ija..hahaha..
6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
eh..tak kan la nak hapus kan..korg dpt info dr sini gak..
kang kalo blog ni hapus, mna lg nk cri info..
nak harapkan blog IJA, hampeh..asyik cte anak patung terbalik je..
7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
cukup ke ruang aku nak tulis ni..bnyk sgt..aku pendek kn la..
http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com
1. sakit mata
2. sakit hati
3. putih je mata
4. cte anak patung je..
5. memaksa org jwb soalan..siap tag lg..
6. type pnjg sgt..ni bukan buku..blog..
103. lagu tak best..hahaha..
104. tak best ada sekumtum je rose..
hahaha..pdn la muka..sape suro memandai2 tag kakak..
tujuan kakak jwb ni adalah utk SABOTAJ IJA..
terima kasih..
selamat kembali ke MALAYSIA..
tak sabar nk kenakn IJA..
Tuesday, February 17, 2009
11 February 2009..T_T
1st skali, nenek baru meninggal last wednesday(11 Feb 2009 , 8.00 p.m.) dekat Hospital Selayang disebabkan oleh Acute chronory syndrome.(Amin mungkin tau kot)... and mlm sblm nenek meninggal, nenek sempat menghulunrkan duit sebnyk rm50 kat aku..aku rase, aku la org terakhir yg dpt duit dr nenek..emm..yang pergi, tetap pergi..hidup mesti diteruskan..
Al-Fatihah untuk arwah nenek.. semoga ditempatkan di tempat orang2 yg beriman..AMIN..
Saturday, February 07, 2009
LUBUK KAWAH, tanjung malim..
hehehe...ari ni aku ade aktiviti best...actually, aktiviti ni di plan oleh ABANG ALIP.. maklum la..aku dah lama tak masuk utan..last skali masuk time pergi BERKELAH waterfall.. so, dipendek kan cerita, keputusan telah dibuat.. kami ke LUBUK KAWAH di Tanjung Malim.. Sebenarnye, sebelum tu, kami plan nak pergi LATA BEREMBUN, raub.. tapi ada masalah tertentu, kena la tukar plan..maybe lps ni bole plan gi sna plak..
Kami bertolak dlm pkul 8.30 dr subang...huh...awal gak la...dgn menaiki 4X4.. 4X4 ni ABANG TABO punye..hehehe..so, smpai kat tanjung malim, kiteorang breakfast dlu.. lpas breakfast baru gerak masuk utan..actually, ada 2 kereta yang akan pergi..so, kiteorg tunggu kereta satu lagi sebelum masuk ke dalam lagi..
Ok..seterusnya, bila kereta satu lagi tu dah smapai, maka bermula la perjalanan kami.. pelbagai halangan kami tempuhi..tp yang pasti, kami tak bole smpai ke puncak nye..tu pun sebab keadaan kereta kami tak mengizinkan.. tapi alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..
kiteorang balik hari je..ptg tu dah balik semula..tak bole tido kat sna.. sebab ada antara kiteorang yang keje mlm tu..
emm..tu saje la yang aku nak share..maybe lepas ni, ada bnda lain yang aku bole share..
TUNGGU !!!!!!!!!!!
Tuesday, February 03, 2009
Kenali diet anda mengikut darah !!!
Ada satu artikel yang aku baca..Diet mengikut jenis darah.. wow...ramai yang nak diet.. diet tak semestinya nak kurus..tapi nak jaga pemakanan..so, kalau nak berdiet, kite kena sesuaikan dengan darah kita..(ni kalau AMIN@bunyamin baca artikel ni mesti die ingat aku nak jd doctor)...hahaha..
Di sini, kita share bersama ye...
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
Tetapi, kalau diikutkan setiap benda tu ada KEBAIKAN and KEBURUKAN..
Kebaikan
1) Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.
2) Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.
3) Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.
4) Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.
5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.
Keburukan
1) Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.
2) Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.
3) Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.
4) Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.
5) Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.
Itu sahaja untuk dikongsikan hari ini.. ^_^
Saturday, January 31, 2009
1 February 2009..
maklum la, semalam keje..penat gak la..aku cuti 2 hari..kebetulan Hari Wilayah jatuh hari ahad.
Hari isnin pun cuti..tu yang best tu..tengah cari idea nak buat ape cuti nnt..
Bangun2 je tidur ari ni, ada bau laksa.. wahh...dah lama tak makan..ibu masak laksa.
abis je semangkuk, pergi surf internet.biase ar..check email..
Tak lama lpas tu, ibu ajak pergi KL...huh..dh lama tak pergi KL..kalo pergi KL pun , harap pergi keje je la..pergi KL ni, sure nak pergi shopping..hahaha..ada je keje nak menghabiskan duit ni..
Pkul 11 kiteorg bertolak la ke Jalan Tuanku Abdul Rahman...Driver, IM (adik lelaki )..AYAH tak ikut sebab ayah pergi kerja ari ni..
Sampai je sana, kire awal gak la..sebelum pkul 12 dah samapi..orang tak ramai sgt pun..tak de la sesak..cuaca mendung je..kiteorang round2 la...last2, ibu nak gi jackel..aku malas nk ikut..im teman la ibu..aku merayau la sorg2..merayau tanpa hala tuju..masuk kedai, kluar balik...last2 aku fikir nk beli baju la untuk MAH (adik bongsu)...aku masuk 1 kedai ni..cantik gak design baju ni..kain chiffon..aku pilih2..aku terpikat ngn colour ijau..aku minta tawar gile2 la..hahaha..akhirnya dpt gak..aku angkut 2 pasang..satu lagi utk IBU..kain chiffon gak..IJA (adik ke 2 ) kat sana jgn jealous plak..ija balik, kakak belanje la.. aku beli 2 psg baju..satu ijau, satu terqois.. cantik bangat..
untuk aku, aku beli tudung cream n brooch sampai 6 jenis.. ish..ni kalo stay smpai ptg ni, mau bnyk duit aku abis..so, dlm pukul 1, Im call..ajak balik..ok la..masuk je kete, ibu terus nak baju tu..baju colour ijau..so, Mah kena la amik warna Terqois..hehehe..nasib baik semua tu cantik..
Hehehe..Dan yang paling penting, aku ni kaki shopping...
Monday, January 26, 2009
Ummu Hani's wedding
Aku, Akem, Noen, and Oshin gi same2...naik kereta aku la..mcm biase.(memang selalu naik kereta aku pun)..hehehe
Tema colour, Purple.. so, agak ramai la yg dtg..meriah gak la...
bersama Ummu sblm disolek...
bersama rakan seperjuangan..
5 sekawan..
Indahnya..
Gambar ini dikirim melalui email oleh seorang kawan..and location time gambar ini diambil di dalam Malaysia gak...
Aku suka tengok gambar ni..rase nak pergi je..tapi tahan dulu..bnyk lagi keje aku nak buat..
Tempat2 ni semua berada di Malaysia..ish..kagumnya aku..rase nak pergi..
Email..
busy bercuti la kata kan..hehehe..
kali ini, aku nk post satu email yang aku terima dari Kak Zee..mungkin kita bole share bersama..
Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palistina, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama untuk kali ini..wsalam..
Monday, January 19, 2009
KEPENATAN...
ari nak exam makin dekat...study dh mcm tunggang langgang..tak tau nk study mana satu..
tp aku tak expect pass tu.. tp aku harap KEAJAIBAN muncul la..hahaha..berangan...
ok la..maghrib dah masuk..nk solat n doa bnyk2..bole pass exam..
aku kna la coretkan sikit kat blog ni..nnt ija bebel aku pnye blog hangat-hangat tahi ayam..
1940..
Saturday, January 17, 2009
BOIKOT !!!!!!!!!!
so, before tgok movie, dieorang nak mkn dlu..so, dieorang decide nak mkn KFC...(fast food lg)..
aku dah mkn kat rumah..so, aku dtg lmbt skit...aku on the way ke KFC alamanda..sblm smpai, aku lalu dpn MC'D...
terkejut aku...huh...kosong gile..berbeza dgn sebelum ni..ish..btol2 dieorang boikot MC'D... bagus la..sekurang2 nye, ada gak inisiatif org malaysia ni nak tolong org palestin...
aku tersenyum lebar.....
SEMENTARA...
sementara nak tunggu result election Kuala Terengganu ni, aku coret la sedikit..
2009- mcm2 yang di plan..mcm2 yg difikirkan..baru masuk hari yg ke 17, ape yg telah aku buat.. huh...study? bnyk mana la sgt..buku dah bersepah..menjelang nk exam je, buku makin bersepah.. sebenarnye, bile main bnyk kite membaca, makin bnyk la kite tak tau...tp yg penting usaha tu...
kadang2, tengah stdy pun bole berangan...tp angan2 yg positif la...hehehe...
2008- mcm2 telah berlaku...org kate, kalo nk ingat balik bnda dah lepas, tak elok.. tp aku rase elok kite ingt utk memperbaiki kesilapan...tp aku rase 2008 tahun yang best utk aku.. alhamdulillah..
sekadar untuk dikongsi bersama
berbeza ke?
2008 2009