Saturday, February 28, 2009

SUMPAHAN MAHSURI !!

huh..minggu ni, aku sediakan artikel pasal sejarah plak..
(terima kasih pd pelawat setia)
ha..aku terfikir sesuatu yg menarik..sbb aku plan nk gi langkawi..
so, sblm aku gi langkawi, aku cari artikel psl MAHSURI..
sbb kat langkawi la, MAHSURI tu hidup..
sila baca ye..

Pada suatu hari ketika wakil sultan kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Datur Amar yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain. Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.

Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut. Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.

Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga. Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.

Pada satu hari ketika Mahsuri berada di serambai sambil menyanyikan lagu bunga tanjung, Deramang kemudian Kelana, dan diikuti Lela yang lalu di bawah serambi cuba menarik perhatian Mahsuri. Deramang kemudiannya mengambil peluang untuk mengadu domba antara Kelana dengan Lela sehingga kedua sahabat karib itu berkelahi. Deramang kemudiannya berlalu apabila menyedari kedatangan Datuk Aman. Datuk Aman mendamaikan kedua sahabat yang sedang bergaduh dan mendapati bahawa punca pergaduhan antara mereka adalah untuk memenangi hati Mahsuri.

Datuk Aman kemudian menyuruh Mahsuri memilih siapa yang dia minati antara Kelana dengan Lela. Mahsuri yang menghormati mereka berdua menyatakan dia akan menjatuhkan bunga daripada serambai dan sesiapa yang mendapat bunga tersebut akan mendapat hatinya. Mahsuri kemudiannya menjatuhkan bunga kepada Kelana yang berjaya menyambut bunga tersebut. Datuk Aman berjanji akan memilih hari yang sesuai untuk perkhawinan antara Mahsuri dengan Kelana. Kelana dan Lela kemudiannya berbaik kembali.

Selepas perkahwinan antara Kelana dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedan untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh. Isteri Datuk Seri Kemajaya, Mahsura, memujuk Datuk Seri Kemajaya agar memilih anaknya Deramang sebagai penggantinya ketika pemergiannya. Lela bertanggung jawab untuk mempertahankan kawasan pantai sementara Kelana pula mengiring Datuk Seri Kemajaya dengan pasukannya kemedan perjuangan. Kelana dan Mahsuri terpaksa berpisah walaupun baru berkahwin. Kelana meminta Lela, yang menganggap Mahsuri seperti kakak, agar menjaga Mahsuri.

Sebaik sahaja Datuk Seri Kemajaya dan Kelana meninggalkan pulau, Deramang, cuba sedaya upaya untuk memikat Mahsuri tetapi gagal. Oleh kerana itu, Deramang mengambil keputusan untuk memerangkap Mahsuri dengan Lela.

Deramang kemudiannya menyuruh Lela pergi kepantai dengan menyatakan terdapat kekecohan di situ. Kemudiannya, Deramang memberitahu Mahsuri bahawa suaminya telah kembali dan sekarang berada di pantai tempat Lela berada. Ketika Lela dan Mahsuri berada di tepi pantai, Deramang kemudiannya telah membawa orang kampung untuk menangkap Mahsuri dengan Lela dan mereka berdua dituduh berzina.





Memandangkan Deramang memegang tampuk pemerintahan ketika ketiadaan Datuk Seri Kemajaya, penghulu dan kaum bangsawan tidak berani membantah atau menghalang Deramang walaupun mereka tahu Mahsuri dan Lela tidak bersalah. Deramang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri dan Lela. Mahsuri dihukum bunuh secara salang, ditikam dengan keris di kedua belah pangkal leher. Hukuman itu akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat.

Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku. Apabila Mahsuri ditikam dengan keris oleh Deramang, darah putih memancut keluar sebagai tanda kesucian Mahsuri.

Ketika Deramang hendak menikam Lela, pasukan perwira yang diketuai oleh Datuk Seri Kemajaya sampai menyebabkan Deramang melarikan diri. Apabila sampai ketempat hukuman dilaksanakan, Datuk Seri Kemajaya, Kelana dan mereka yang lain terkejut apabila melihat mayat Mahsuri terkapar disitu. Suasana gembira diatas kejayaan mereka mengalahkan musuh yang menyelubungi rombongan itu kini bertukar menjadi pilu.

Lela kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan kepada kematian Mahsuri. Kelana kemudiannya terus memburu Deramang untuk membalas dendam. Selepas pergaduhan sengit Kelana berjaya membunuh Deramang dan dengan itu membalas dendam keatas kematian isterinya.

Datuk Seri Kemajaya kesal diatas kematian Mahsuri, dan kerana melantik Deramang sebagai pengganti semasa ketiadaannya di Langkawi menawarkan kepada Kelana gadis lain sebagai pengganti. Kelana menolak tawaran tersebut dan sebaliknya pergi meninggalkan Pulau Langkawi setelah bersumpah tidak akan menjejakkan kakinya lagi kembali.





Selepas kematian Mahsuri, Mahsuri dianggap sebagai keramat dan tidak lama angkatan tentera Siam menyerang menyebabkan pulau Langkawi terbiar, dipercayai akibat sumpahan Mahsuri.


tu je la yg dpt aku share..harap korg semua bole tambah ilmu..tq..^_^

Setelah DI TAG...(kena la jwb..nnt IJA bising)

Kalo nak diikut kan, aku tak de bnyk masa nak jwb soalan2 ija ni..
ntah ar..busy keje la..tp bile weekend ni, aku try spend mase utk layan bnda2 ni..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
BeAuTiFuL LiFe... kenapa ye aku pilih..sbb aku cantik kot..pastu aku pilih la nama blog tu..hahahha..(juz joke)..sbb aku rase kehidupan ini sgt2 la indah..TRUST ME !!!

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://nisarashid.blogspot.com <-- tak kan nk kena terang kan gak.. dah terang2 nama kau kat situ..tak kn aku nk letak bnda lain plak.. lain la kalo IJA..aku tetap aku..bile fkir balik, aku memang la aku..
ada ke aku adalah ija..(sekadar contoh.tiada kaitan dgn yg hidup)..

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
ish..mcm2 dah aku tulis..sume bnda..aku penat pun aku tulis, boikot israel, hutan2, alam semulajadi, jenis darah..ish..mcm2 ar..
kalo nak dikutkan, aku ni mcm surver..msuk blog aku bnyk ilmu dpt..
bukan mcm blog IJ*..ade ke patut cte psl BIT..nape ija tak cte mcm mna die gemuk kn bdn time kecil dlu..hahaha..

4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-
soalan ni yg paling tunggu..tak sabar nak jwb..^_^
nama akhawat tu: KHADIJAH KHALILAH
perrrgghhh..blog die mantap..sampai kan, anak patung terbalik mcm kes pilihanraya kat malaysia..sume kena wat liputan..kna cari pesalah..kena cari pendakwa..tak tau la skrg kes tu mcm mna skrg..lg 1..masak pun nk amik gmbr..kalo terjatuh kamera dlm HARIRAH tu, aku melompat atas katil sampai patah la..hahaha..pdn muka..uwweekk..

5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
aku dah pnat type..juz copy paste IJA pnye..so, kirenye same ar jwpn..
"Aku tak suka jenis yang macam ini. Ilmu banyak dan bijak mencari ilmu tapi tidak disebarkan. Mungkin pembacanya terhad kepada beberapa orang dan mungkin pembacanya adalah orang lain yang jauh dari tempat dia. Memang bagus untuk memberi peringatan kepada yang lain, tetapi bagaimana dengan orang sekeliling dia yang dia buat tak tahu saja sedangkan orang tersebutlah lebih patut diberi pengajaran terlebih dahulu. Mungkin juga tak boleh nak salahkan, sebab karakter masing-masing berbeza." best gak kna kan ija..hahaha..

6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
eh..tak kan la nak hapus kan..korg dpt info dr sini gak..
kang kalo blog ni hapus, mna lg nk cri info..
nak harapkan blog IJA, hampeh..asyik cte anak patung terbalik je..

7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
cukup ke ruang aku nak tulis ni..bnyk sgt..aku pendek kn la..
http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com
1. sakit mata
2. sakit hati
3. putih je mata
4. cte anak patung je..
5. memaksa org jwb soalan..siap tag lg..
6. type pnjg sgt..ni bukan buku..blog..
103. lagu tak best..hahaha..
104. tak best ada sekumtum je rose..

hahaha..pdn la muka..sape suro memandai2 tag kakak..
tujuan kakak jwb ni adalah utk SABOTAJ IJA..
terima kasih..
selamat kembali ke MALAYSIA..
tak sabar nk kenakn IJA..

Tuesday, February 17, 2009

11 February 2009..T_T

Lama juga aku tak update blog ni..busy gak la sejak akhir2 ni..

1st skali, nenek baru meninggal last wednesday(11 Feb 2009 , 8.00 p.m.) dekat Hospital Selayang disebabkan oleh Acute chronory syndrome.(Amin mungkin tau kot)... and mlm sblm nenek meninggal, nenek sempat menghulunrkan duit sebnyk rm50 kat aku..aku rase, aku la org terakhir yg dpt duit dr nenek..emm..yang pergi, tetap pergi..hidup mesti diteruskan..

Al-Fatihah untuk arwah nenek.. semoga ditempatkan di tempat orang2 yg beriman..AMIN..

Saturday, February 07, 2009

LUBUK KAWAH, tanjung malim..

7 February...

hehehe...ari ni aku ade aktiviti best...actually, aktiviti ni di plan oleh ABANG ALIP.. maklum la..aku dah lama tak masuk utan..last skali masuk time pergi BERKELAH waterfall.. so, dipendek kan cerita, keputusan telah dibuat.. kami ke LUBUK KAWAH di Tanjung Malim.. Sebenarnye, sebelum tu, kami plan nak pergi LATA BEREMBUN, raub.. tapi ada masalah tertentu, kena la tukar plan..maybe lps ni bole plan gi sna plak..

Kami bertolak dlm pkul 8.30 dr subang...huh...awal gak la...dgn menaiki 4X4.. 4X4 ni ABANG TABO punye..hehehe..so, smpai kat tanjung malim, kiteorang breakfast dlu.. lpas breakfast baru gerak masuk utan..actually, ada 2 kereta yang akan pergi..so, kiteorg tunggu kereta satu lagi sebelum masuk ke dalam lagi..

Time ni kiteorg tengah tunggu kete satu lagi..gambar ni senget plak..sbb letak atas batu..tapi bole la ditangkap..dari kiri, ABANG MIE, ABANG TABO, CHAD, AKU, ABANG ALIP.. air kat sini jernih sgt..smpai bole nampak nak ikan kat tepi batu kecil.. pastu, hutan nye, still hijau lagi..






Ni la antara view yang aku bole share..best la..tapi bile fkir balik, camera aku yang bole amik gambar dengan cantik..hehehe..

Ok..seterusnya, bila kereta satu lagi tu dah smapai, maka bermula la perjalanan kami.. pelbagai halangan kami tempuhi..tp yang pasti, kami tak bole smpai ke puncak nye..tu pun sebab keadaan kereta kami tak mengizinkan.. tapi alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..









ni la antara gambar2 yg best aku bole share..video ni aku amik utk kereta lagi satu..sbb time aku dduk dlm kete, syok sgt layan jalan time tu..hehehe..

kiteorang balik hari je..ptg tu dah balik semula..tak bole tido kat sna.. sebab ada antara kiteorang yang keje mlm tu..

emm..tu saje la yang aku nak share..maybe lepas ni, ada bnda lain yang aku bole share..

TUNGGU !!!!!!!!!!!

Tuesday, February 03, 2009

Kenali diet anda mengikut darah !!!

Bila semakin ramai orang yang melawati blog aku ni, rase nak tambah macam2 info.. maybe amat berguna untuk kita semua..

Ada satu artikel yang aku baca..Diet mengikut jenis darah.. wow...ramai yang nak diet.. diet tak semestinya nak kurus..tapi nak jaga pemakanan..so, kalau nak berdiet, kite kena sesuaikan dengan darah kita..(ni kalau AMIN@bunyamin baca artikel ni mesti die ingat aku nak jd doctor)...hahaha..

Di sini, kita share bersama ye...

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Tetapi, kalau diikutkan setiap benda tu ada KEBAIKAN and KEBURUKAN..

Kebaikan

1) Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

2) Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

3) Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

4) Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan

1) Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

2) Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

3) Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

4) Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

5) Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.


Itu sahaja untuk dikongsikan hari ini.. ^_^